PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2012 OLEH YDP PIBG SKAD

20120516-103453.jpg

Assalammulaikum WBT & salam sejahtera,

Tibanya tiap kali pada hari dan bulan di setiap tahun, 16 Mei adalah antara hari bersejarah bersempena meraikan ulang hari sambutan mengingati Hari Guru.
Kepada para guru-guru SK Alam Damai, secara peribadi diucapkan selamat menyambut Hari Guru serta jutaan penghargaan atas pengorbanan yang telah dicurahkan tanpa henti kepada anak-anak murid yang bakal mewarisi keunggulan negara.

Justeru, marilah kita bersama-sama beristiqamah dan muhasabah diri, semoga segala usaha murni para guru menjadi inspirasi kepada semua terutama anak-anak murid yang masih belum mengenal erti sebenar kehidupan.

Oleh itu, mewakili PIBG SK Alam Damai serta semua para ibubapa dengan penuh penghargaan dan penghormatan mengucapkan berbanyak terimakasih atas segala usaha murni yang telah dicurahkan. Kami percaya usaha-usaha murni ini akan terus dicurahkan dan jasa bakti para guru-guru SK Alam Damai senantiasa berada dibawah lindungan dan keberkatan dariNYA.

Diharapkan, kerjasama kukuh antara kita bertambah jitu dan utuh demi kecemerlangan anak-anak murid yang menjadi teras kejayaan sesungguhnya mereka ini adalah aset yang begitu berharga.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan “Selamat Hari Guru 2012″ dan selaras dengan tema tahun ini “Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara” moga ianya akan terus menjadi pegangan kita semua demi kebaikan serta kecemerlangan semua di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Wassalam….

Ikhlas dari

YDP PIBG
SK Alam Damai
Kuala Lumpur

KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN – DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (DNPN)


Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan Negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti.

Tidak dinafikan sistem pendidikan kebangsaan telah memperlihatkan kejayaan ke arah mewujudkan mobiliti dalam masyarakat. Namun begitu, cabaran 10 tahun akan datang dalam era globalisasi menuntut perubahan dalam sistem pendidikan. Sejajar dengan Program Transformasi Negara, pendidikan juga perlu beranjak kepada sistem baharu yang selari dengan cabaran masa depan.

DNPN 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Secara khusus objektif DNPN 2012 adalah untuk :

-          Memberi peluang kepada warga pendidik mengemukakan idea dan pandangan ke arah transformasi pendidikan ; dan

-          Membina kesedaran bersama akan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membangunkan pendidikan melalui transformasi sistem pendidikan Negara

 

(more…)

Skop Soalan PKSR 1

Untuk memuat-turun skop soalan bagi PKSR 1, sila KLIK SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • '"COUNTDOWN" UPSR

    .
    5A PASTI MILIK KAMI..
  • MUTIARA KATA

    You Cannot Change The Direction Of The Wind...... But You Can Adjust Your Sail......

  • MAKLUMAN GURU BESAR

    Salam. Terima kasih di atas segala tindakan cikgu-cikgu sejak hari pertama persekolahan. Tahniah kepada semua yang telah berusaha menepati masa dan mengambil tindakan segera. Bagi yang belum selesaikan tugas, berusaha sehingga selesai kerana cikgu-cikgu telah diamanahkan untuk melaksanakan tanggung jawab. Saya sedia membantu.Terima kasih.

  • Program Terkini

    Perkhemahan Pengakap Peringkat Sekolah
    Tarikh : 15-17 Jun 2012
    Tempat : Gunung Nuang, Selangor

    Perkhemahan Integrasi Peringkat Sekolah
    (Penganjur PPIM Sk Alam Damai)
    Tarikh : 29,30 Jun Dan 1 Julai 2012
    Tempat : Kem Hulu Langat Selangor

  • Makluman Guru

  • Makluman Ibubapa

    1. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahun 2012 telah dimuatnaik dalam laman web ini. Ibu bapa boleh muatturun dan cetak mengikut tahap anak masing-masing.

    SILA KLIK DI SINI

    2. Jadual waktu kelas bagi tahun 2012 juga telah dimuatnaik dalam laman web ini. Ibu bapa juga boleh muatturun dan cetak mengikut kelas anak masing-masing. Sila klik link di bawah.

    Jadual Waktu Kelas

  • Galeri Gambar 1

  • Galeri Gambar 2

  • Video Terkini

  • Galeri Youtube

  • Hubungi Admin

    Web ini diuruskan oleh :
    En. Abdul Fatah b. Yusof
    En. Wan Fakhrudin b. Wan Yunus
    En. Jalani b. Mat Desa
    Jika ada sebarang masalah.
    sila emel kepada kami ke : admin@skalamdamai.com

Go to Top